Penggunaan aplikasi i-spring dalam
Pengajaran dan pembelajaran (bhgn 1)
Bagi seorang guru adalah nenjadi
idaman untuk membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi
lebih menarik dan kreatif. Ia bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid
malah dapat member kepuasan kepada diri seorang insan yang bergelar pendidik.
Jika dahulu,
power point menjadi wadah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini, pelbagai visual audio dan video dapat dipersembahkan kepada
murid-murid.
Dalam kepesatan pembangunan teknologi , guru-guru kini dapat menggunakan
pelbagai medium untuk menyempurnakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
pula, dengan adanya platform seperti VLE- Frog sesuatu sesi P&P dapat dijalankan dengan lebih mudah
dan menarik.
Salah satu aplikasi yang boleh
digunakan oleh guru-guru dalam (P&P) ialah aplikasi i-spring. I-spring
merupakan aplikasi yang boleh mengubah fail power point menjadi bentuk flash
dan bentuk SCORM / AICC, iaitu bentuk yang biasa digunakan dalam pembelajaran
dengan e-learning LMS (Learning management System). I-spring tersedia dalam bentuk free dan berbayar. Ia boleh didownload di
http://www.ispringfree.com/download.html.
Pengguna i-spring dapat menikmati
aplikasi pembinaan kuiz yang menarik dengan pelbagai jenis pertanyaan seperti:
True/False, Multiple Choice, Multiple response, Type In, Matching, Sequence,
numeric, Fill in the Blank, Multiple Choice Text.
SELAMAT MENCUBA!