Blog ini berkaitan aktiviti panitia Bahasa Melayu SK Taman Tasik, Ampang, Selangor

Sabtu, 11 Julai 2015

Contoh Kertas Kerja Karnival Bahasa Melayu

Menurut kamus dewan kertas kerja ialah makalah yang mengandungi  perbincangan mengenai sesuatu persoalan atau cadangan tertentu.Kertas kerja penting dalam menjalankan sesuatu program.Tujuan kertas kerja ditulis untuk menyampaikan idea yang hendak disampai kepada pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjalankan sesuatu program.

Di sini saya kongsikan kertas kerja berkenaan Karnival Bahasa Melayu. Perkara yang diperlukan dalam kertas kerja ialah:
  • Pengenalan
  • Objektif
  • Senarai Sekolah yang akan mengambil bahagian
  • Tempat dan tarikh
  • Acara
  • Jawatankuasa 
  • Kewangan
  • Penutup 

Ahad, 5 Julai 2015

PENGGUNAAN APLIKASI I-SPRING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (BAHAGIAN 1)

Penggunaan aplikasi i-spring dalam Pengajaran dan pembelajaran  (bhgn 1)

                Bagi seorang guru adalah nenjadi idaman untuk membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik dan kreatif. Ia bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid malah dapat member kepuasan kepada diri seorang insan yang bergelar pendidik.
Jika dahulu, power point menjadi wadah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini, pelbagai visual audio dan video dapat dipersembahkan kepada murid-murid.

                Dalam kepesatan pembangunan  teknologi , guru-guru kini dapat menggunakan pelbagai medium untuk menyempurnakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, dengan adanya platform seperti VLE- Frog sesuatu sesi  P&P dapat dijalankan dengan lebih mudah dan menarik.

                Salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam (P&P) ialah aplikasi i-spring. I-spring merupakan aplikasi yang boleh mengubah fail power point menjadi bentuk flash dan bentuk SCORM / AICC, iaitu bentuk yang biasa digunakan dalam pembelajaran dengan e-learning LMS (Learning management System). I-spring  tersedia dalam bentuk free dan berbayar.  Ia boleh didownload di http://www.ispringfree.com/download.html.

                Pengguna i-spring dapat menikmati aplikasi pembinaan kuiz yang menarik dengan pelbagai jenis pertanyaan seperti: True/False, Multiple Choice, Multiple response, Type In, Matching, Sequence, numeric, Fill in the Blank, Multiple Choice Text.



SELAMAT MENCUBA!

Rabu, 1 Julai 2015

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON AMPANG 2015

Para Pemenang bersama Guru Besar Zon Ampang
 Karnival Bahasa Melayu Sekolah rendah bagi zon Ampang telah diadakan di Sk Taman Tasik pada 28 April 2015. Ini merupakan salah satu pendekatan dalam usaha untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat cilik yang terpendam di kalangan murid sekolah rendah.Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan bercerita dan pidato. Pertandingan bercerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur , membaca dan menulis. Manakala pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.